yang klasik tu jangan sesekali dilupakan..
Yang tradisional itu jangan sesekali tak dimakan..belasah jekk..hehe..
Cik ted rasa kuih tradisional ni sebenarnya lagi mudah
jika nak dibandingkan dengan kuih moden..
pendapat kite je lah kan..
Cik ted dah belajar cara nak buat kuih ni..cik ted dah try banyak kali jugak..
Jangan nak terketar-ketar sangat lahh kan nak salin resepi ni,
Motif nya sekarang cik ted nak kongsi dengan uollss resepi si Puteri Ayu ni..
Boleh lah anda anak-anak dara sekalian berbangga dengan hasil tangan anda!
Cik ted pun tak pandai,bila ada resepi ni,
InsyaAllah...boleh bukak kedai depan pintu rumah besok pagi..hekhek..guraww!
Puteri Ayu
Bater :
2 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 1/2 gula kastor atau gula biasa yang di'blend' kering
1 cawan air pandan + santan (daun pandan dan kelapa yang dikisar guna 1 cawan air sahaja)
1 sudu teh ovelette
3 sudu besar susu pekat manis
Pewarna hijau
Bahagian atas kuih :
Kelapa parut
tepung jagung
garam
* gaul semua ni..tepung jagung tu tabur-tabur jekk..
1. Pukul telur+gula+ ovelette sampai kembang.. [gunakan mixer ]
(sampai kembang ye,warna putih dan sampai gebu..)
pegi kedai carik sendiri ye |
telur,gula dan ovelette |
3. Letak tepi. Biar adunan rehat dalam 20 minit. (jangan lama sangat)
4. Sapu minyak masak pada acuan..then.korang amek kelapa parut tadi,tekan dalam acuan tadi..Kukus dalam 2 minit.
sapu minyak pada acuan |
tekan kelapa ni bagi padat dalam acuan |
SIAP!!
Mulakan dengan bismillah beserta selawat yee..Selamat mencuba!!
Senorita ;